Thursday 30 May 2013

~~~SALAM TERAKHIR~~~






SITI KAMALIA BINTI YUSOF
156878


Assalamualaikum w.b.t (^_^)
Syukur alhmadulilah ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah rahmat dan kurnianya aku berjaya juga mengakhiri zaman belajarku diperingkat degree selama 3 tahun ni. Pahit manis perjuangan di upm ni akan sentiasa tersemat di lubuk hati selamanya. Wah, sedih la pulak..

Urmm,,tarikh 22.5.2013 adalah tarikh akhir aku serta rakan seperjuangan bersama dengan Dr. Normaliza. Secara jujurnya memang best kelas multimedia ni sebab banyak pengalaman yang aku timba hasil daripada pembelajaran subjek ni selama 14 minggu.

Apa shj tugasan yang diberi akan diterima walaupun hati ni mengatakan "oh,tidak". Hah kalau nak tau, sem ni sem yang seronok, sem yg buat aku jadi sedih, sem yang buat aku jadi huru-hara la jgk kan. Tapi bila bersama dengan adik-beradik "Digital Graphique" hati aku terubat buat seketika.

Inilah adik-beradik "Digital Graphique"



           Barisan belakang : KAMALIA, SYAZWANI, JUN, FATIN EMILIA
           Barisan depan : LEONG , HAMZI FAHMI

segala pengalaman ditimba oleh kami bersama. Semoga apa yang berlaku sepanjang tugasan ini, akan menjadikan kita lebih dewasa utk menghadapi dunia kerjaya kelak. Terima kasih korang. Tiada apa yang nak diberi kat korang kerana tidak ternilai budi dan jasanya. aku hanya mampu doakan kalian berjaya dunia akhirat...amin

Kat bawah ni antara video yang kumpulan kami hasilkan..saksikannya~~





Meh sini tgk gambar2 unik yg kiterorg amik setelah bekerjasama dgn ahli kumpulan Digital Graphique, 3 in 1 dan Diamond. Menarik!!!!!























Hah yg ni pulak tugasan akhir untuk tutorial buat website..Meh la tgk kalau ade mase yer (^_^)



akhirnya, disini aku menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf diatas kesilapan aku sepanjg bertugas bersama kalian. kenangan kita bersama akan ku jadikan segala kenangan terindah. buat fatin n wani,terima kasih jadi kawan ketawa n menangis aku sepnjg berada di sini. Maaf atas segalenye ea korang..

Buat Prof. Madya Dr. Normaliza, maaf dipinta atas kekhilafan diri ini. Terima kasih atas ilmu yang diberi dan halalkan segalenye ye dr...

Itu sahaja entri aku kali ni. In sha Allah akan ada entri2 lain yg menyusul tapi tak tau la bile kan...
okey..selamat tinggal semua....
(^_^)

<3 <3 <3

Monday 22 April 2013

~~ KaLeNdeR 2014 ~~

Alhamdulillah....( ^ _ ^ )
Akhirnya kalender 2014 telah pun aku siapkan dengan sempurna dan jayanya atas titah perintah pensyarah aku. Banyak peristiwa manis yang mungkin akan berlaku menjelang 2014 nanti. In sha Allah semuanya akan berjalan dengan lancar atas doa restu kedua ibu bapaku dan juga izin dariMu Ya ALLAH. Permudahkan daku Ya ALLAH...Amin ya robalalamin...

Meh sini tengok jap kalender-kalender aku yang aku telah siapkan. Untung jugak sebenarnya dapat belajar buat kalender. Satu pengalaman baru bagi aku. Terima kasih Dr. _ _ _ atas tugasan yang diberi dan ribuan terima kasih juga kepada cik dan en yang bersama-sama mendidik dan mengajar aku mengenai dunia multimedia ini. 



Itu sahaja hasil kerja RiWaYat PuJanGGa

( ^-^ )

Saturday 20 April 2013

* Pengalaman Video Seram UPM *

~~Ahlan Wahsahlan~~

Bismillahhirohmannirohim...
Entri kali ni aku nak cerita mengenai pengalaman aku buat video seram. Aku bukan suka-suka tau nak buat video seram ni. Takut kot nak buat cerita seram ni. Lagipun aku bukan suka sangat tengok seram.Sebabnya aku takut. huhuhu....Aku buat pun atas tugasan yang diberi oleh Dr _ _ _ . Aku kena akur dengan tugasan yang telah diamanahkan demi mendapat keputusan yang cemerlang. In Sha Allah. Mudah2an kan. Amin~~

Ermm.. kami semua ahli " DIGITAL GRAPHIQUE" bergabung tenaga dan usaha untuk mendapatkan satu idea jalan cerita seram yang menarik untuk di pertontonkan di youtube dan waktu kelas nanti. Setelah idea dan emosi masing-masing bergabung, kami menetapkan masa untuk berlakon. Kami memilih Jumaat malam Sabtu iaitu jatuh pada 5 April 2013 di Kediaman  Kolej Pendeta Zaba. 

Suasana sunyi sepi pada malam itu menyeramkan kami la jugak. Dah la masa ni ramai yang dah balik. Maklum la kan cuti pertengahan semester sudah bermula. Kami ni je balik lewat sebab nak siapkan dulu sebelum balik ke kampung. Sedih kan.huhu. Seram la jugak masa nak mula berlakon ni. Tapi atas doa dan tawakal kami, In sah Allah semua berjalan lancar. 

Tepat pukul 9.00 kami melakukan lakonan. Setiap seorang mengambil peranan masing2 mengikut watak yang akan dilakonkan. Ada yang jadi pelajar, ada yang jadi hantu dan ada hero nya yang mana di aje yang nampak hantu tu..takut tak dengar. hohoho...Setelah semua adegan telah dilaknkan, kami bergegas pulang ke kolej masing-masing sebelum pukul 12 malam. 1 malam sahaja kami membuat penggambaran video ni. Hebat tak kami. Petang bincang, malam tu terus je beraksi di pentas. Hahaha...pentas la sangat kan.. 
Proses seterusnya iaitu edit mengedit dilakukan oleh Ketua Pengarah kami iaitu en. si polan bin si polan merangkap ketua kumpulan Digital Graphique. Terima kasih kepada semua yang menjayakan sebuah filem seram yang hebat dipasaran sekarang. Tahniah dan syabas diucapkan~~~

Nanti aku bagi link untuk tengok filem tu ea. Sebelum tu aku nak tunjuk gambar-gambar semasa pembikinan filem ni. Fuyooo,,filem ea,hebat..hahaha, video je pun.

 Gigih kan kak wani ni cari idea
 Ni la pengarahnya
 Nampak kan kepengarahan di situ. Kesian Fatin kena buli. Sabar ye~~
 Bila dia dah beraksi. Habis la~~
Ni la Jun yang melakokan watak hantu dot,dot,dot...
kak Wani cool je kan. Tak tau kat sebelah dia tu ade apa sebenarnya. 


Inilah keluarga besar " DiGiTaL GrapHiQue" setelah tamat pengambaran
Terima kasih kepada brader Afiq yang sudi menjadi juru kamera kami.

Kabeh, terbaik~~
Eneng moso kito ketemu meneh kambek riko kabeh yo...

Wes delok gambar, delok link video iki pulak yo. Orak reti lah koyok piea dadi ne. 
Emboh seram opo odak orak reti lorh

*Semoga terhibur*



( ^ _ ^ )

Tuesday 16 April 2013

*Ronda-ronda di Kota London (KL)*

Hai saudara/saudari sekalian..Entri yang lepas aku ada cakap kan nak sambung cerita perjalanan percutian aku yang seterusnya di Kota London. Kota London itu ialah Kuala Lumpur sebenarnya. Orang nun jauh di sana tu yang gelarkan KL tu sebagai Kota London. Layankan jela kan. Tapi, In sha Allah aku akan ke Kota London bila tiba masanya nanti. Mungkin tu salah satu tempat berbulan madu aku kot.hahaha...gedik kan~~aku saja je berangan-angan ke sane. Kalau ada rezeki,ade la kan :)

Kat KL ni banyak je tempat-tempat yang menarik dan best2 la jugak. Sedia $$$ sedap la berjalankan. Sebenarnya penat nak berjalan sebab baru balik dari Kelantan hari selasa yang lepas. Tapi saje je nak berjalan habiskan masa cuti mid sem ni kan. Hari esoknya (rabu) aku berjalan pulak ronda-ronda kat KL ni. Saje jalan-jalan cari pasal kan.hihi.

Aku pergi berjalan dengan Azma (roomate aku), Ija n Kina. Best layan kepala dia orang ni. Ikut je ke mana-mana yang aku nak. Seronok layan adik-adik ni. Eh,adik-adik ker?? same je umur kita kan. keh3...Tempat pertama yang aku pergi ke Bandaraya---> pergi sogo jap--->makan kat sogo--->jalan-jalan ke masjid jamek--->lepas tu terus ke jalan imbi--->ke Low Yat untuk cari sesuatu kononnya--->then, lepak kat sushi king--->balik ke Serdang--->sampai la UPM...dari pagi sampai ke malam aku berjalan bersama mereka.Sehari suntuk kot.hahaha... Memang terbaik la...Bila lagi kan nak macam ni. Ni la sem last aku kat sini kan. Buat la kerja gila sikit kan..hihihi~~~

Tengok la ni gambar-gambar aku mase pergi berjimba-jimba hari tu..lawak je kami semua ni..hilangkan stress katenya...hihihihuhuhuhu

Gambar kat bawah ni semua gambar mase membeli-belah kat Masjid India
 "pilih-pilih..beli satu,percuma satu" hahaha
 ai Kina, lama belek tudung tu,ambil jela kan..
Ija, kakak-kakak Ija ke ni??comel-comel blako~~ 
 Yang ni pulak anak-anak Ija ke adik-adik Ija ni??
 Jeling ke kenyet tu Ija??
 Boleh jadi model la korang ni kan.Terbaik~~
 Dah lawa dah Kina :)
Amboi Azma, bergaya nampak.hihihi

 Yang ni pulak masa kat Low Yat..hahaha..tak de kerja kan kami ni~~
 Wah,gitu~~
 Penat yer..ala kesiannye~~
Comel kan kite ni..hehehe

Kat bawah ni gambar masa kami makan di Sushi King. First time bagi diri aku n Azma makan sushi. Bila makan sushi ni rasa macam berada di negara Jepun ooo..hihihi
 peace Ija!!! Kina senyum je ea dah dapat air peach
 Aku dan adik kesayangan aku
Kina mesej dengan siapa tu Kina??ngeh3
 Ye Azma, nak apa??
 Ija, teringat kat abang ker tu??
 Kina haus ea?? :)
 Tengok siapa la tu kan??
Ala2, sopannye..hihi..perasan kan :) 
 Hai roomate!!
Ni la sushinya setelah sekian lama menunggu~~
 Boleh tahan la kan rasanya. Yang first time makan tu telan jela kan..
Chicken chop yang menyelerakan la jugak. Banyak kan kami makan. Lepas geram katanya~~
Bagus Ija ni dah makan sayur dah sekarang. patut la muka semakin halus dan berseri-seri gitu..
Semoga berbahagia Ija~~


Hahaha...tu jela gambar aku,dia dan dia dan dia di Kota Londan. Serius seronok jalan dengan korang wei..ada masa kita keluar sama-sama lagi ea. taw~~ Perjalanan waktu cuti mid sem yang indah sangat dan kenanagn manis ni tidak akan sesekali aku lupakan sampai bila-bila. Selepas beberapa hari aku berjalan dan menyiapkan segala tugasan di UPM, aku pulang ke teratak bondaku di Pontian, Johor sekejap untuk menziarahi mereka setelah sekian lama tidak pulang ke kampung. Wah, seronok oooo dapat balik kampung. Nikmat terasa di saat merindui kampung tercinta~~

Okey la, tu je entri aku buat kali ni sepanjang waktu cuti sekolah selama seminggu yang penuh dengan pengalaman manis. Hehe..Nantikan entri seterusnya dengan episod yang lain pula ya..tata~~

Assalamualaikum
( ^ _ ^ )