Sunday, 31 March 2013

Hari Keluarga Linguistik Melayu 2013~~ SERONOK~~~ ^ _ ^

Tarikh 10 Mac 2013 mengingatkan aku mengimbau kembali peristiwa yang berlaku waktu itu. Perasaan seronok, gembira, suka aku ketika itu beralih kepada perasaan sedih apabila teringatkan yang tidak lama lagi aku akan meninggalkan UPM ni sekaligus aku menamatkan zaman belajar ku di sini. In sha Allah ada rezeki dan peluang, aku akan datang lagi ke UPM ini untuk menuntut khazanah ilmu yang terlalu banyak di sini. 

Berbalik pada HKLM,yang mana buat julung kalinya dianjurkan, berjalan dengan lancar dan cuaca pun amat baik ketika itu yang mana aku rasa cuaca itu memberi satu petanda yang luar biasa. Di sini lah, aku mengerti makna sebenar sahabat. Aku dapat berkenalan lebih dekat dan rapat lagi bersama rakan-rakan seperjuangan tidak kira la dari kalangan senior dan juga junior. Masing-masing bergaul mesra demi untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara satu sama lain. Yang paling seronok apabila pensyarah aku turut serta di dalam HKLM ini. Peristiwa inilah yang akan menjadi kenangan yang terindah untuk diriku~~

Di sini ku selitkan beberapa gambar cebisan kenangan dalam "Hari Keluarga Linguistik Melayu"

 Keluarga besar Linguistik Melayu

 Barisan pensyarah yang turut serta

Adik-adik junior yang sporting

Aku dan kau

Kesian korang kan

Kami la dara pujaan

Gadis Melayu 

Barisan penyokong yang tak berhenti menjerit-jerit

Comel la kamu-kamu ni

Aku dan kau lagi. Hai~~~

 ( ^ _ ^ )


DEMI TUGAS, AKU TURUTKAN~~


Sekarang ni, sebut je subjek bahasa dan multimedia, semua jadi gelabah. Baik-baik hati ni tenang bila datang kelas tiba-tiba je jadi gusar, bimbang, takut, nak nangis pun ada dan sampai kecut perut dibuatnya. Kesian kan..Tapi, nak tak kena la lalui jugak kan. Tak apa la kan dah nama pelajar kene la belajar. Masa ni la kita nak tahu dan mencari sesuatu benda yang barukan. Orang lain tak tahu, kita tahu. Jadi, fikir positif jela kan~~

Urmm,,,nak dipendekkan cerita, dalam subjek ni pensayarah kesayanganku suka sangat beri tugasan. Walaupun tugasan yang diberi itu banyak, tapi aku tetap tabah dan sabar mengharungi seribu satu cabaran yang penuh dengan halangan terpaksa aku lalui..

Buat pertama kalinya, Dr _ _ _ memberi tugasan dalam kumpulan di mana aku dan rakan-rakan kumpulan perlu menyiapkan tugasan yang diberi dalam masa selama 2 jam je. Tugas yg Dr _ _ _ beri tu nampak macam mudah. Tapi, hakikatnya susah la jugak. Huh, masa aku buat tu hura-hara la gila. Tak tau macam mana Kak Limah ni nak cakap oi. Gambar yang kami pilih tu tak boleh terlipat, kena betul licin, tak boleh ada gelembung-gelembung dan sewaktu dengannya. Tajuk tugasan aku tu adalah " ASAS GRAFIK " di mana terdapat 5 elemen penting yang perlu kita tahu dalam asas grafik ni. Nak tahu apa dia?? 5 elemen tu ialah mudah, keseimbangan, kesesuaian, warna dan teks. Nanti aku tunjuk gambar setiap satu bagi jelas sikit kat awak-awak semua ye~~

* yang ni elemen mudah *

* yang ni pulak keseimbangan *

* ni elemen kesesuaian *

* dan yang ni warna *

* akhir sekali elemen teks*

* hah yang ni muka depan untuk kumpulan "DIGITAL GRAPHIQUE" *
siap jugak akhirnya~~~

Gambar-gambar yang kat bawah ni pulak adalah gambar semasa proses pembikinan tugasan asas grafik

~~ hahaha,,siapa la ni kan. rajin betul~~

~~ masing-masing tengah gelabah masa ni kan. tu yang fokus je semua ~~

~~ akhirnya.......alhamdulilah~~

Itu sahaja untuk tugasan yang pertama.Nantikan entri kemunculan tugasan yang kedua pulak ye awak-awak semua. dddaaaaaa~~~~ 
( ^ - ^ )



Wednesday, 27 March 2013

Bait Doa & Air Mata

Bismillahhirohmanirohim...
Ya Allah,
Jika suatu saat aku kehilangan harapan dan tujuanku,
Berikan aku keyakinan bahawa takdirMu adalah 
lebih baik daripada apa yang aku inginkan dan impikan...
Kau damaikan hatiku untuk menerima takdirMu
kerana aku yakin dan percaya
PerancanganMu adalah yang Terbaik dan Terindah untuk diriku....

Dan aku mengerti dirimu wahai air mata,

Kau mengalir tikaku sedih,
Kau seakan memahami diriku,
Kau bawaku belayar,
Untuk aku mengenal erti sebenar.

Hidupmu umpama hujan,
Bila disentuh,
Bila disergah,
Kau jatuh dengan pantasnya,
Tanpa ada paksaan.

Aku hargai wujudnya dirimu  wahai air mata,
Walaupun tika kau hadir,
Kau membuatkan diriku terus rebah,
Dengan jutaan titisan air matamu,
Moga dengan kehadiran dirimu,
Hidupku akan lebih bermakna.

Monday, 11 March 2013

Awal bicara......


Di sini saya ingin titipkan sebuah sajak untuk kalian semua...( ^-^ )

AKU TETAP AKU

Aku manusia yang kerdil,
Yang tidak punya apa,
Hanya insan biasa.

Aku sering terfikir,
Mengapa kita sering,
Mendambakan sesuatu yang mustahil?
Mahu menggapai,berubah,
Tetapi tidak seiring dengan kemampuan diri.

Alangkah bertuahnya,
Andai,
Aku tetap menjadi aku,
Tidak perlu berubah,
Untuk mengikut telunjuk orang,
Tapi andai perlu perubahan itu,
Biarlah sempurna disisiNya,

Teman-teman,
Izinkan aku menjadi diriku sendiri,
Andai kau tidak bisa menerima,
Oh, tidak mengapa!
Aku peduli apa!
Yang penting aku gembira,
Dan tidak menyusahkan sesiapa,
Selagi tiada salah dan dusta,
Aku tetap dengan pendirian ini.

Namun,
Sepeninggalan perpisahan kita nanti,
Jangan kau lupa khabarkan diri,
Hidup ataupun mati,
Kalian semua tetap dihati.


Wednesday, 6 March 2013

BBM3410

BBM3410

Assalamualaikum...
Alhamdulilah, akhirnya berjaya juga saya membuat blog ini sendiri dengan adanya bantuan daripada rakan-rakan seperjuangan. Terima kasih kepada yang sudi membantu memberi input-input mengenai dunia siber blogger ini...
Inilah rakan-rakan sperjuangan saya yang membantu saya.Terima kasih kalian...
Jasamu dikenang....