Monday, 22 April 2013

~~ KaLeNdeR 2014 ~~

Alhamdulillah....( ^ _ ^ )
Akhirnya kalender 2014 telah pun aku siapkan dengan sempurna dan jayanya atas titah perintah pensyarah aku. Banyak peristiwa manis yang mungkin akan berlaku menjelang 2014 nanti. In sha Allah semuanya akan berjalan dengan lancar atas doa restu kedua ibu bapaku dan juga izin dariMu Ya ALLAH. Permudahkan daku Ya ALLAH...Amin ya robalalamin...

Meh sini tengok jap kalender-kalender aku yang aku telah siapkan. Untung jugak sebenarnya dapat belajar buat kalender. Satu pengalaman baru bagi aku. Terima kasih Dr. _ _ _ atas tugasan yang diberi dan ribuan terima kasih juga kepada cik dan en yang bersama-sama mendidik dan mengajar aku mengenai dunia multimedia ini. 



Itu sahaja hasil kerja RiWaYat PuJanGGa

( ^-^ )

Saturday, 20 April 2013

* Pengalaman Video Seram UPM *

~~Ahlan Wahsahlan~~

Bismillahhirohmannirohim...
Entri kali ni aku nak cerita mengenai pengalaman aku buat video seram. Aku bukan suka-suka tau nak buat video seram ni. Takut kot nak buat cerita seram ni. Lagipun aku bukan suka sangat tengok seram.Sebabnya aku takut. huhuhu....Aku buat pun atas tugasan yang diberi oleh Dr _ _ _ . Aku kena akur dengan tugasan yang telah diamanahkan demi mendapat keputusan yang cemerlang. In Sha Allah. Mudah2an kan. Amin~~

Ermm.. kami semua ahli " DIGITAL GRAPHIQUE" bergabung tenaga dan usaha untuk mendapatkan satu idea jalan cerita seram yang menarik untuk di pertontonkan di youtube dan waktu kelas nanti. Setelah idea dan emosi masing-masing bergabung, kami menetapkan masa untuk berlakon. Kami memilih Jumaat malam Sabtu iaitu jatuh pada 5 April 2013 di Kediaman  Kolej Pendeta Zaba. 

Suasana sunyi sepi pada malam itu menyeramkan kami la jugak. Dah la masa ni ramai yang dah balik. Maklum la kan cuti pertengahan semester sudah bermula. Kami ni je balik lewat sebab nak siapkan dulu sebelum balik ke kampung. Sedih kan.huhu. Seram la jugak masa nak mula berlakon ni. Tapi atas doa dan tawakal kami, In sah Allah semua berjalan lancar. 

Tepat pukul 9.00 kami melakukan lakonan. Setiap seorang mengambil peranan masing2 mengikut watak yang akan dilakonkan. Ada yang jadi pelajar, ada yang jadi hantu dan ada hero nya yang mana di aje yang nampak hantu tu..takut tak dengar. hohoho...Setelah semua adegan telah dilaknkan, kami bergegas pulang ke kolej masing-masing sebelum pukul 12 malam. 1 malam sahaja kami membuat penggambaran video ni. Hebat tak kami. Petang bincang, malam tu terus je beraksi di pentas. Hahaha...pentas la sangat kan.. 
Proses seterusnya iaitu edit mengedit dilakukan oleh Ketua Pengarah kami iaitu en. si polan bin si polan merangkap ketua kumpulan Digital Graphique. Terima kasih kepada semua yang menjayakan sebuah filem seram yang hebat dipasaran sekarang. Tahniah dan syabas diucapkan~~~

Nanti aku bagi link untuk tengok filem tu ea. Sebelum tu aku nak tunjuk gambar-gambar semasa pembikinan filem ni. Fuyooo,,filem ea,hebat..hahaha, video je pun.

 Gigih kan kak wani ni cari idea
 Ni la pengarahnya
 Nampak kan kepengarahan di situ. Kesian Fatin kena buli. Sabar ye~~
 Bila dia dah beraksi. Habis la~~
Ni la Jun yang melakokan watak hantu dot,dot,dot...
kak Wani cool je kan. Tak tau kat sebelah dia tu ade apa sebenarnya. 


Inilah keluarga besar " DiGiTaL GrapHiQue" setelah tamat pengambaran
Terima kasih kepada brader Afiq yang sudi menjadi juru kamera kami.

Kabeh, terbaik~~
Eneng moso kito ketemu meneh kambek riko kabeh yo...

Wes delok gambar, delok link video iki pulak yo. Orak reti lah koyok piea dadi ne. 
Emboh seram opo odak orak reti lorh

*Semoga terhibur*



( ^ _ ^ )

Tuesday, 16 April 2013

*Ronda-ronda di Kota London (KL)*

Hai saudara/saudari sekalian..Entri yang lepas aku ada cakap kan nak sambung cerita perjalanan percutian aku yang seterusnya di Kota London. Kota London itu ialah Kuala Lumpur sebenarnya. Orang nun jauh di sana tu yang gelarkan KL tu sebagai Kota London. Layankan jela kan. Tapi, In sha Allah aku akan ke Kota London bila tiba masanya nanti. Mungkin tu salah satu tempat berbulan madu aku kot.hahaha...gedik kan~~aku saja je berangan-angan ke sane. Kalau ada rezeki,ade la kan :)

Kat KL ni banyak je tempat-tempat yang menarik dan best2 la jugak. Sedia $$$ sedap la berjalankan. Sebenarnya penat nak berjalan sebab baru balik dari Kelantan hari selasa yang lepas. Tapi saje je nak berjalan habiskan masa cuti mid sem ni kan. Hari esoknya (rabu) aku berjalan pulak ronda-ronda kat KL ni. Saje jalan-jalan cari pasal kan.hihi.

Aku pergi berjalan dengan Azma (roomate aku), Ija n Kina. Best layan kepala dia orang ni. Ikut je ke mana-mana yang aku nak. Seronok layan adik-adik ni. Eh,adik-adik ker?? same je umur kita kan. keh3...Tempat pertama yang aku pergi ke Bandaraya---> pergi sogo jap--->makan kat sogo--->jalan-jalan ke masjid jamek--->lepas tu terus ke jalan imbi--->ke Low Yat untuk cari sesuatu kononnya--->then, lepak kat sushi king--->balik ke Serdang--->sampai la UPM...dari pagi sampai ke malam aku berjalan bersama mereka.Sehari suntuk kot.hahaha... Memang terbaik la...Bila lagi kan nak macam ni. Ni la sem last aku kat sini kan. Buat la kerja gila sikit kan..hihihi~~~

Tengok la ni gambar-gambar aku mase pergi berjimba-jimba hari tu..lawak je kami semua ni..hilangkan stress katenya...hihihihuhuhuhu

Gambar kat bawah ni semua gambar mase membeli-belah kat Masjid India
 "pilih-pilih..beli satu,percuma satu" hahaha
 ai Kina, lama belek tudung tu,ambil jela kan..
Ija, kakak-kakak Ija ke ni??comel-comel blako~~ 
 Yang ni pulak anak-anak Ija ke adik-adik Ija ni??
 Jeling ke kenyet tu Ija??
 Boleh jadi model la korang ni kan.Terbaik~~
 Dah lawa dah Kina :)
Amboi Azma, bergaya nampak.hihihi

 Yang ni pulak masa kat Low Yat..hahaha..tak de kerja kan kami ni~~
 Wah,gitu~~
 Penat yer..ala kesiannye~~
Comel kan kite ni..hehehe

Kat bawah ni gambar masa kami makan di Sushi King. First time bagi diri aku n Azma makan sushi. Bila makan sushi ni rasa macam berada di negara Jepun ooo..hihihi
 peace Ija!!! Kina senyum je ea dah dapat air peach
 Aku dan adik kesayangan aku
Kina mesej dengan siapa tu Kina??ngeh3
 Ye Azma, nak apa??
 Ija, teringat kat abang ker tu??
 Kina haus ea?? :)
 Tengok siapa la tu kan??
Ala2, sopannye..hihi..perasan kan :) 
 Hai roomate!!
Ni la sushinya setelah sekian lama menunggu~~
 Boleh tahan la kan rasanya. Yang first time makan tu telan jela kan..
Chicken chop yang menyelerakan la jugak. Banyak kan kami makan. Lepas geram katanya~~
Bagus Ija ni dah makan sayur dah sekarang. patut la muka semakin halus dan berseri-seri gitu..
Semoga berbahagia Ija~~


Hahaha...tu jela gambar aku,dia dan dia dan dia di Kota Londan. Serius seronok jalan dengan korang wei..ada masa kita keluar sama-sama lagi ea. taw~~ Perjalanan waktu cuti mid sem yang indah sangat dan kenanagn manis ni tidak akan sesekali aku lupakan sampai bila-bila. Selepas beberapa hari aku berjalan dan menyiapkan segala tugasan di UPM, aku pulang ke teratak bondaku di Pontian, Johor sekejap untuk menziarahi mereka setelah sekian lama tidak pulang ke kampung. Wah, seronok oooo dapat balik kampung. Nikmat terasa di saat merindui kampung tercinta~~

Okey la, tu je entri aku buat kali ni sepanjang waktu cuti sekolah selama seminggu yang penuh dengan pengalaman manis. Hehe..Nantikan entri seterusnya dengan episod yang lain pula ya..tata~~

Assalamualaikum
( ^ _ ^ )

~~Percutian Yang Indah~~

Cerita je pasal cuti,semua orang suka kan. betul tak?? bukan senang nak cuti lame ni walaupun seminggu je. Memang rasa macam sekejap je. Tapi bile cuti tu dimanfaatkan dengan sebaik-baiknye mesti rasa cuti tu indah.kan, kan, kan...Tapi time ni jugak la semua orang sibuk nak balik ke kampung. Maklum la semua berada di perantauan kan. Jadi masa ni la yang sesuai untuk balik ke kampung jumpa keluarga tersayang setelah sebulan lebih kat upm ni kan. Masa ni, semua kawan-kawan aku balik awal dah. Aku je balik lambat sebab ada banyak sangat tugasan yang aku kena selesaikan. Final semester la katakan, kena la ada banyak kerja. Mana boleh duduk senang lenang, goyang-goyang kaki je. Ikut hati, memang nak balik kampung je walaupun banyak kerja. Namun, demi tugas sebagai seorang pelajar aku kena la turutkan jugak. huhuhu

Cuti aku bermula 8 April sehingga 14 April 2013. Seminggu je dapat cuti kan. Bersyukur jela daripada tak ade cuti langsungkan. betul tak?? :)  Masa cuti ni, destinasi cuti aku yang pertama, aku kena pergi jauh dari Kota London (KL) ni sebab aku kena buat tugasan minor aku kat Kelantan Darul Naim. Jauh tak aku buat tugasan kat sana, jauh kan. Kata orang jauh perjalanan luas pemandangan. Yeke betul kata orang tu?? betul la tu kan. hihihi.. Urmm, aku gerak ke Kelantan hari Sabtu malam bersama coursemate aku Huwaina. Aku kena la cari teman ke sana sebab aku tak pernah sampai lagi di bumi Kelantan tu. Takut jugak bile datang sorang-sorang kat tempat orang. Kot-kot la ada apa-apa yang berlaku kat aku,macam mana. Siapa nak tolong aku kan. Kawan aku yang satu kumpulan untuk buat tugasan ni dah pergi dulu dah sebab yang lain orang Kelantan, aku je sorang orang Johor. Hari khamis lagi dia orang dah gerak. Aku tak boleh la ikut dia orang balik awal, sebab aku kena buat video seram dulu, siapkan report, tesis lagi, tu yang gerak lambat. Nasib baik ada Huwaina yang tak balik Kelantan lagi kan. Rezeki aku la punya kawan seperti dia. Aku tumpang menginap kat rumah dia. Malu jugak rasenya tumpang kat rumah orang, tapi buat-buat jela muka tak malu kan. Nak buat macam mana. Aku dah terpaksa. Kalau korang nak tahu, rumah Waina kat Bachok Kelantan. Yang bestnye, sampai je rumah dia, mak Waina layan dengan baik sekali. Terharu gile. Seronok sangat sampai tak terkata. Yang paling best makanan Kelantan sedap-sedap belaka. Makanan kat sana pelik-pelik. Semua yang aku makan kat Kelantan tu first time dalam hidup aku. Seriously,baru aku tahu kat Kelantan waktu pagi lagi dah makan nasi. Tak sama macam tempat aku. Selalu kat kampung aku, pagi-pagi makan jemput-jemput, lempeng sambal, pisang goreng yang ringan-ringan jela. Tapi kat Kelantan berlainan pulak kan. Pagi-pagi dah makan berat. Lain tempat lain la caranya kan. Aku kena la sesuai kan diri aku untuk menjadi orang Kelantan sekejap selama 3 hari 2 malam kan. Ini semua pengalaman kan. Kalau tak macam ni, aku tak tahu budaya negeri lain. Tapi best jugak cuba sesuatu yang baru kan.

Sepanjang kat sana Waina ajak aku pergi jalan-jalan ke Kelantan naik Myvi merah dia. 2 hari kat sana berjalan je. Keluar pagi, balik petang. Penat memang penat, tapi seronok pergi tempat orang ni. Macam-macam benda yang aku jumpa. Paling best lain tak bukan makanan dia la. Aku cuba banyak makanan kat sane. Best tau. Tapi ada jugak makanan yang aku tak boleh terima sebab manis sangat. Aku tak berapa biasa sangat makan manis-manis ni. hihihi..bukan jakun ea, tapi tak biasa makan okey. Harga makanan kat sane murah-murah je. Tak dela mahal sangat pun. Barang-barang macam baju, tudung dan macam-macam lagi la semua murah-murah blako. Sedia duit jela kan. Duit banyak best la kan bershopping ni. Kalau duit tak ade, cuci mata jela jawabnya. huhu..Penat dah nak cerite semua. Nanti aku tunjukkan jela gambar-gambar aku sepanjang aku kat negeri Kelantan tu ea. Takdela banyak sangat gambar yang aku ambil. Tapi ade la jugak kan sikit. hihihi..Meh sini tengok gambar-gambar yang tak berapa nak cantik ni kan~~~ ( ^ _ ^ )


sebelum berjalan lebih jauh, aku berhenti makan dulu. hihi

urmmm,,,sedap~~~

Ni la dia pemandu pelancong aku..terima kasih Waina. Ko memang terbaik~~

Gambar yang kat bawah ni semua gambar kat Muzium Kelantan

Ni pulak kat Kraftangan Kelantan. Saje je tengok2-pusing2-posing2 n cuci2 mata jap.hihi
cantikkan lukisan ni semua.aku suka..aku memang minat sangat dengan seni ni~~
 kakak aku ni Fauziah Latiff, comel kan
 hihi,huhu,hahaha
 sapo nie.koya jer.hahaha
ni pun same, gedik..haha.dah mcm petani pun ade aku tgk :)

 Yang ni pulak gambar-gambar masa aku buat tugasan minor aku tu. subjek keusahawanan.
Best jugak bila mendalami bidang keusahawanan ni.syok ooo~~
ni tempat kajian aku kat pasir puteh, Kelantan
Pn. Munah binti Said orang yang aku temubual tu. nama manja dia Kak Cik
Ni la Kak Cik nye..Usahawan wanita yang berjaya..
Lepas balik temubual singgah jap kat Pantai Irama. Sejuk jer~~best2...
ni la kawan-kawan aku yang sama-sama buat temubual tu
Masa untuk minum petang pulak selepas lepak kat Pantai Irama..Sedap ABC aiskrim ni plus sotong goreng.yummmmyy~~hihi

Itu sahaja entri cameliayusof untuk kali ini di negeri Kelantan. Tak semua gambar yang ditayangkan sebab banyak sangat..huhu..Nantikan perjalanan percutian cameliayusof yang seterusnya di Kota London (KL) bak kata seseorang yang nun jauh di sana..ngeh3
( ^ _ ^ )

~~Assalamualaikum~~