Hai semua~~entri kali ni aku nak cerita kisah aku pergi ke Program Semarak Minoriti Semai di Batu 7, Tapah, Perak. Program ni adalah di bawah kelolaan Dr. Sharifuddin untuk memenuhi objektif kursus BBM 3102 Sejarah Kebudayaan Melayu yang mana kami perlu mengkaji serta mengetahui budaya kaum-kaum yang terdapat di Malaysia. Kami lebih berfokus kepada minoriti Semai kerana banyak keistimewaan dan keunikan yang ada pada mereka ini yang aku sendiri tidak tahu bagaimana cara hidup mereka dan apa aktiviti yang biasa mereka lakukan. Kalau semua nak tahu, kaum Semai adalah kumpulan penduduk separuh kekal yang terdapat di tengah semenanjung Malaysia di Asia Tenggara. Mereka terkenal sebagai suku kaum yang aman tau.
Fuhh, seronok aku rasa apabila dapat mengenali mereka lebih dekat tau. Mereka semua memberikan respon yang baik dalam proses kami untuk mendapatkan maklumat dan juga input-input mengenai minoriti Semai. Tetapi yang menyedihkan aku apabila melihat kediaman mereka yang jauh di kawasan pendalaman. Tidak hairan la kan kalau budak-budak tak nak pergi ke sekolah. Kalau aku sendiri pun rasa malas je nak pergi ke sekolah sebab kena jalan kaki. Dah la kena jalan kaki tambah pulak kena redah hutan dan anak sungai. Memang satu cabaran la kan.Tapikan, seperti mana yang aku tahu, mereka ni diberi banyak sangat keistimewaan. Kalau tak datang sekolah pun cikgu tak boleh marah, dan mereka ini tak ada pun surat merah untuk amaran dan berhenti sekolah kalau jarang-jarang dan kerap kali tidak hadir ke sekolah. Seronok kan macam tu. Seronok memang la seronokkan tapi pelajaran banyak yang tertinggal. Kesian kat mereka kan. Sedih pulak rasanya. Tak apa la kan, itulah keistimewaan yang mereka ada dan dapat. Kita ni yang patut bersyukur atas nikmat yang Allah S.W. T telah berikan pada kita. Manfaatkan la sebaik-baiknya apa yang diberikan olehNya dan jangan la sesekali mengeluh atas apa yang berlaku pada diri kita. Mungkin ada hikmah disebalik sesuatu kejadian kan.
Sebelum aku mengundurkan diri meninggalkan blog ini buat seketika waktu, aku ada muat turun potret-potret kenangan aku semasa menyelusuri minoriti Semai di Tapah, Perak. Jom tengok~~~ ( ^ _ ^ )
SK Batu 7, Tapah, Perak
Ibu bapa dan pelajar yang menunggu ketibaan kami
Cikgu Alang
Barisan penari sewang
Terbaik persembahan mereka
Potret kami bersama penari sewang
Tanda penghargaan dari pihak UPM
Kami dan Dr. Sharifuddin
Kami dan kakak-kakak master
Rakan seperjuanganku yang sporting!!!
Abang Yop memberikan penerangan kepada kami ketika di Batu. 14
Khusyuknya~~
Kenangan kami di Batu. 14
Cameron!!! aku mampir~~~~
Kau la teman, kau la sahabat
Itu sahaja dari aku yang bernama Camelia ( bukan nama sebenar ). Jumpa lagi untuk entri yang akan datang ye. tunggu~~~













No comments:
Post a Comment