Cerita je pasal cuti,semua orang suka kan. betul tak?? bukan senang nak cuti lame ni walaupun seminggu je. Memang rasa macam sekejap je. Tapi bile cuti tu dimanfaatkan dengan sebaik-baiknye mesti rasa cuti tu indah.kan, kan, kan...Tapi time ni jugak la semua orang sibuk nak balik ke kampung. Maklum la semua berada di perantauan kan. Jadi masa ni la yang sesuai untuk balik ke kampung jumpa keluarga tersayang setelah sebulan lebih kat upm ni kan. Masa ni, semua kawan-kawan aku balik awal dah. Aku je balik lambat sebab ada banyak sangat tugasan yang aku kena selesaikan. Final semester la katakan, kena la ada banyak kerja. Mana boleh duduk senang lenang, goyang-goyang kaki je. Ikut hati, memang nak balik kampung je walaupun banyak kerja. Namun, demi tugas sebagai seorang pelajar aku kena la turutkan jugak. huhuhu
Cuti aku bermula 8 April sehingga 14 April 2013. Seminggu je dapat cuti kan. Bersyukur jela daripada tak ade cuti langsungkan. betul tak?? :) Masa cuti ni, destinasi cuti aku yang pertama, aku kena pergi jauh dari Kota London (KL) ni sebab aku kena buat tugasan minor aku kat Kelantan Darul Naim. Jauh tak aku buat tugasan kat sana, jauh kan. Kata orang jauh perjalanan luas pemandangan. Yeke betul kata orang tu?? betul la tu kan. hihihi.. Urmm, aku gerak ke Kelantan hari Sabtu malam bersama coursemate aku Huwaina. Aku kena la cari teman ke sana sebab aku tak pernah sampai lagi di bumi Kelantan tu. Takut jugak bile datang sorang-sorang kat tempat orang. Kot-kot la ada apa-apa yang berlaku kat aku,macam mana. Siapa nak tolong aku kan. Kawan aku yang satu kumpulan untuk buat tugasan ni dah pergi dulu dah sebab yang lain orang Kelantan, aku je sorang orang Johor. Hari khamis lagi dia orang dah gerak. Aku tak boleh la ikut dia orang balik awal, sebab aku kena buat video seram dulu, siapkan report, tesis lagi, tu yang gerak lambat. Nasib baik ada Huwaina yang tak balik Kelantan lagi kan. Rezeki aku la punya kawan seperti dia. Aku tumpang menginap kat rumah dia. Malu jugak rasenya tumpang kat rumah orang, tapi buat-buat jela muka tak malu kan. Nak buat macam mana. Aku dah terpaksa. Kalau korang nak tahu, rumah Waina kat Bachok Kelantan. Yang bestnye, sampai je rumah dia, mak Waina layan dengan baik sekali. Terharu gile. Seronok sangat sampai tak terkata. Yang paling best makanan Kelantan sedap-sedap belaka. Makanan kat sana pelik-pelik. Semua yang aku makan kat Kelantan tu first time dalam hidup aku. Seriously,baru aku tahu kat Kelantan waktu pagi lagi dah makan nasi. Tak sama macam tempat aku. Selalu kat kampung aku, pagi-pagi makan jemput-jemput, lempeng sambal, pisang goreng yang ringan-ringan jela. Tapi kat Kelantan berlainan pulak kan. Pagi-pagi dah makan berat. Lain tempat lain la caranya kan. Aku kena la sesuai kan diri aku untuk menjadi orang Kelantan sekejap selama 3 hari 2 malam kan. Ini semua pengalaman kan. Kalau tak macam ni, aku tak tahu budaya negeri lain. Tapi best jugak cuba sesuatu yang baru kan.
Sepanjang kat sana Waina ajak aku pergi jalan-jalan ke Kelantan naik Myvi merah dia. 2 hari kat sana berjalan je. Keluar pagi, balik petang. Penat memang penat, tapi seronok pergi tempat orang ni. Macam-macam benda yang aku jumpa. Paling best lain tak bukan makanan dia la. Aku cuba banyak makanan kat sane. Best tau. Tapi ada jugak makanan yang aku tak boleh terima sebab manis sangat. Aku tak berapa biasa sangat makan manis-manis ni. hihihi..bukan jakun ea, tapi tak biasa makan okey. Harga makanan kat sane murah-murah je. Tak dela mahal sangat pun. Barang-barang macam baju, tudung dan macam-macam lagi la semua murah-murah blako. Sedia duit jela kan. Duit banyak best la kan bershopping ni. Kalau duit tak ade, cuci mata jela jawabnya. huhu..Penat dah nak cerite semua. Nanti aku tunjukkan jela gambar-gambar aku sepanjang aku kat negeri Kelantan tu ea. Takdela banyak sangat gambar yang aku ambil. Tapi ade la jugak kan sikit. hihihi..Meh sini tengok gambar-gambar yang tak berapa nak cantik ni kan~~~ ( ^ _ ^ )
sebelum berjalan lebih jauh, aku berhenti makan dulu. hihi
urmmm,,,sedap~~~
Ni la dia pemandu pelancong aku..terima kasih Waina. Ko memang terbaik~~
Gambar yang kat bawah ni semua gambar kat Muzium Kelantan
Ni pulak kat Kraftangan Kelantan. Saje je tengok2-pusing2-posing2 n cuci2 mata jap.hihi
cantikkan lukisan ni semua.aku suka..aku memang minat sangat dengan seni ni~~
kakak aku ni Fauziah Latiff, comel kan
hihi,huhu,hahaha
sapo nie.koya jer.hahaha
ni pun same, gedik..haha.dah mcm petani pun ade aku tgk :)
Yang ni pulak gambar-gambar masa aku buat tugasan minor aku tu. subjek keusahawanan.
Best jugak bila mendalami bidang keusahawanan ni.syok ooo~~
ni tempat kajian aku kat pasir puteh, Kelantan
Pn. Munah binti Said orang yang aku temubual tu. nama manja dia Kak Cik
Ni la Kak Cik nye..Usahawan wanita yang berjaya..
Lepas balik temubual singgah jap kat Pantai Irama. Sejuk jer~~best2...
ni la kawan-kawan aku yang sama-sama buat temubual tu
Masa untuk minum petang pulak selepas lepak kat Pantai Irama..Sedap ABC aiskrim ni plus sotong goreng.yummmmyy~~hihi
Itu sahaja entri cameliayusof untuk kali ini di negeri Kelantan. Tak semua gambar yang ditayangkan sebab banyak sangat..huhu..Nantikan perjalanan percutian cameliayusof yang seterusnya di Kota London (KL) bak kata seseorang yang nun jauh di sana..ngeh3
( ^ _ ^ )
~~Assalamualaikum~~


















No comments:
Post a Comment