Friday, 5 April 2013

# Simpulan Bahasa UPM #

Assalamualaikum..( ^ _ ^ )

Urmm,,korang semua mesti tertanya-tanya kan kenapa aku letak tajuk post aku "Simpulan Bahasa UPM". Mari si aku cerita kat kome yer. hihi. Minggu yg sudah ni, aku kene siapkan satu tugasan di mana setiap kumpulan perlu memberikan 12 simpulan bahasa yang berlainan. Setelah itu aku satu kumpulan diarahkan supaya mengambil gambar yang membawa makna setiap simpulan bahasa yang sudah dipilih. Kena pandai-pandai la nak shot gambar macam mana sekali pun mengikut gaya kreativiti masing-masing. Asalkan dapat memberi makna yang betul setiap simpulan bahasa tu dan sampai la Dr _ _ _ tu paham. Kalau tak kene la reject. Lepas reject tu pulak kena la buat balik semula dan email kat Dr _ _ _.Renyah kan buat tugasana ni. Tapi tak pela kan kita nak belajar sesuatu yang lain-dari yang lain kan. Usaha, doa dan tawakal jela. Mudah-mudahan apa yang aku buat ni, dapat aku praktikkan di dalam dunia pekerjaan nanti. Ceh, sedapkan hati..

Hah, berbalik semula pada tajuk asal, model gambar yang kena diambil tu pulak terdiri daripada ahli kumpulan sendiri-sendiri la kan. Masa ni la bakat-bakat yang terpendam perlu ditonggolkan dengan lebih lagi. Bukan senang tau nak buat tugasan ni. Perit ooo..Masa buat tugasan ni, memang mencabar bagi aku sebab aku ni pemalu sebenarnya. Eh, pemalu ke?? tah la kan. :) Tapikan, aku rase subjek yang aku ambil ni buat aku jadi tak pemalu sangat. Aku jadi lebih berani dan yakin dengan diri bahawa apa yang aku cuba lakukan ni aku dapat sesuatu yang luar biasa. Betul kata mak abah aku sesuatu yang berlaku ada hikmahnya pada masa akan datang. Jadi pikir jela positif kan.

Kat bawah ni adalah senarai simpulan bahasa yang aku dan ahli kumpulan aku kena siapkan dan kene bentang kat depan mase waktu kelas.

  1. Buku lima
  2. Langkah kanan
  3. Buruk siku
  4. Gulung tikar
  5. Harga pokok
  6. Buah tangan
  7. Bendera putih
  8. Angkat bakul
  9. Menjolok mata
  10. Sampah masyarakat
  11. Tulang belakang
  12. Gigit jari
Yang ni pulak gambar-gambar semasa sesi perbincang berlangsung. Idea,datang la kepada kami~~~

 cari apa la kak wanie tu kan


 tulis-tulis

 fokusnya Jun. 

Cari idea sampai keluar buku lima. 
Hampir jadi la kan untuk simpulan bahasa buku lima.

Itulah sahaja entri aku kali ni. Entri yang seterusnya akan diupload dari masa ke masa. Nantikannye ye~~~

( ^ _ ^ )

No comments:

Post a Comment